Skip to main content

Resipi ikan bilis | Favorite | Cooking

Salam dan Hi!
Resipi ni PD namakan ikan bilis goreng berkicap. Simple resipi ikan bilis dari mak cik cafeteria kolej PD study dulu-dulu.



Ramuan menumis:
2 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang besar. (Dimayang)

2 bijik cili api dihiris kasar (nak surprise kick sila hiris halus supaya tak nampak time makan. lol)

Hirisan daun bawang.

Kicap, sos cili dan sos tiram.

**Tak perlukan garam sebab ikan bilis sudah masin.

Ramuan untuk digoreng:

Ikan bilis PD beli setengah kilo tapi guna 3/4 daripadanya.

Cara masak:

  • Masukkan anggaran dua sudu besar minyak ke dalam kuali panas. Selepas seketika agak-agak minyak sudah panas bolehlah masukkan bawang putih kacau sekali dan terus masukkan bawang besar.
  • Bila bawang dah layu. Masukkan satu sudu besar sos cili dan kacau sehingga bawang garing barulah d masukkan kicap dan sos tiram.
  • Bila tumisan mengelegak masukkan hirisan cili api tadi, kacau seketika dan tutup api.

Ketepikan dan biarkan sejuk.

Sementara tunggu sejuk tu bolehlah kita menggoreng ikan bilis yang sudah dibersihkan dan ditos.

**Tips dari makcik cafeteria: goreng ikan bilis dengan api yg perlahan untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang garing kruk Krak kruk krak :)

Cara PD goreng ikan bilis ni. Api perlahan ikut petua mak cik tu sambil perhatikan buih-buih yang terhasil. Awal menggoreng tu buih-buih minyak tu besar tapi bila ikan bilis dah keperang-perangan buih-buih akan jadi halus so masa ini elok diangkat dan toskan ikan bilis kita. Ketepikan dan sejuk kan :)

Bila dah sejuk ikan bilis tu sekalikan dengan tumisan dan gaul sampai mesra.

Last but not least, hirisan scallion ditabur diatas masakan kita untuk rasa yang lebih umph! Lol. Selamat mencuba!


Proud Daughter,
Ain.

Fri, 21.04.2017

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hi. Proud Daughter.

Salam and Hi everyone! 😉 New blog that I created to share my passion, my dream. Life and also love that surrounding me since I been born. I might say something silly. Act emotionally. Talks care free. Mumbling a lot of random thing. Also, I'll share stories and keep myself to be positive. Once in a while, a positive person sometime might say something bad.  Afterall, we all have a bright dan gloomy day. But I will try to put a shield to prevent that happen any ways :). Last but not least, a happy person will make other people happy. Be a respectful person. Always. Let's be the best version of you, okey? :) Proud daughter, Ain. Xoxo Sat. 15.04.2017